www.doctor-phone.com

My Times

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Who's Online

We have 11 guests online
Support
Doctor-phone
Vista SP1 RC PDF

Setelah mengeluarkan Windows Exchange Server 2007 SP1 baru-baru ini, Microsoft telah membuat perubahan pada sistem operasi Vista melalui Service Pack 1 yang saat ini dalam versi RC (Release Candidate).

Dalam sistem ini, Microsoft menjanjikan peningkatan efisiensi signifikan diantaranya mempercepatkan masa yang diperlukan untuk menyalin file kedalam komputer dan masa yang diperlukan untuk menyalin dari komputer Service Pack 1 (SP1) ke komputer lain.

Image

Microsoft mengesahkan bahawa SP1 dapat mengurang masa yang diperlukan Vista untuk membaca gambar berukuran besar sebesar 50% dan mampu mengatasi masalah penundaan sekitar lima minit ketika melakukan booting di harddisk ReadyDrive. Microsoft membenarkan pihaknya akan memenuhi perhatian para vendor pembangunan sistem terhadap akses terbatas pada kernel Vista dengan menyediakan API untuk versi 64-bit dari Vista.

“API ini dirancang untuk membantu para pengembang software independent (ISV) untuk mengembangkan software yang memperluas fungsi kernel Windows pada sistem 64-bit tanpa mematikan atau melemahkan perlindungan yang ditawarkan Kernel Patch Protection,” kata Microsoft dalam laporannya. Beberapa masa yang lalu Symantec dan McAfee menyatakan bahawa pembatasan akses ke kernel Vista dapat menghalang keupayaan mengembangkan anti-malware oleh pihak ketiga.

 
Hard disk Fujitsu Terpantas PDF

 Fujitsu kembali mengemparkan apabila membuat pengumuman hardisk laptop yang terpantas dan terbesar iaitu 350GB. 3Gbps SATA-equipped MHz2 BJ series mengikut ukuran standard 9.5 mm dan kelajuan putaran cakera pada 7200RPM dengan 16MB Cache dan 25dB idle noise level (Bunyi). Purata masa carian pada 10.5ms. Hardisk ini akan dipasarkan awal bulan june.

Image 

Namun untuk pengetahuan umum samsung jugak telah mengeluarkan hardisk bersaiz 500GB dalam standard 9.5mm

 
Seagate Barracuda 1TB (Terabytes) PDF
Pemacu keras Seagate Barracuda dengan kapasiti 1TB ini berupaya menampung pelbagai keperluan aplikasi PC desktop. Ia menawarkan kecekapan dan kebolehpercayaan dalam dunia digital masa kini.
Image
Seagate Barracuda 1TB
Pengguna boleh menyimpan lebih banyak kandungan digital video definisi tinggi, muzik, blog, padcast atau fail-fail besar termasuk CAD, grafik, emel, pangkalan data bisnes serta banyak lagi. Mempunyai kelajuan putaran cakera 7200 RPM dan masa carian purata 8.5ms serta cache sehingga 32MB. Pemacu ini menggunakan empat cakera bagi memastikan suhu operasi lebih rendah dan kurang penggunaan tenaga, sekali gus memberi tempoh hayat yang lebih lama. ia juga dikatakan memiliki kadar permindahan "Sustained" tertinggi dalam kategorinya 105MB/s serta akustik (bunyi) serendah 2.7 Bels.
 
gOS dari google (OS terbaru) PDF

  Berita baik dan terbaru untuk semua peminat Google yang mahu mencuba aplikasi terbaru dari Google. Google telah mengeluarkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.

gOS
Sistem Pengoperasian Google
Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp.

 

 

 

Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, anda boleh mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma dengan ke laman web gOS iaitu www.thinkgos.com

 
Apple keluarkan Notebook Paling Nipis PDF

Slim is beauty! Konsep baru yang memberi  kekuatan kepada Apple secara konsisten. Setelah iPhone dan iPod versi terbaru, notebook terbarunya yang diberi nama MacBook Air juga menampilkan bentuk yang nipis. 

MacBook Air
MacBook Air
CEO Apple, Steve Jobs, mempamerkan untuk pertama kalinya dalam suatu majlis pada pembukaan Macworld Expo di San Fransisco, baru-baru ini. Laptop yang tebalnya hanya 1,93 centimeter pada sisi paling tebal dan 0,4 centimeter di bahagian paling nipis diambilnya dari sebuah envelop cokelat yang biasa dipakai untuk mengirim kertas dokumen.

"Inilah notebook paling tipis di dunia," kata Jobs diikuti senyum kecil khasnya. MacBook Air dilengkapi prosesor Intel core 2 duo yang diperkecil hingga 60 peratus dari ukuran standard khusus untuk laptop ini.

Jobs mengatakan faktor-faktor pada MacBook Air ini diilhami iPod dan Iphone. Misalnya, Apple menggunakan hardisk mini seperti yang dilakukan pada iPod dan touch pad yang menyerupai bentuk skrin sentuh pada iPhone.

Beratnya hanya 1,5 kilogram dan memiliki bateri yang tahan lima jam. Notebook paling tipis tersebut baru akan tersedia di pasaran dua minggu lagi.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 7 - 11 of 11

ServerFreak Web Hosting Solutions

Kalendar


Percuma di Hijriah
PROMOSI | Close

Promosi Keahlian

RM25.00

- Belajar Baiki Komputer

- Video Praktikal baikpulih

- Support komputer/software

- Memasarkan produk ICT

- Networking bersama ahli-ahli ICT yang lain

- Dan lain-lain lagi servis akan datang 

Daftar Sekarang

 

Flash Preview

 Video Buka VGA
 
 
 
 Video Buka Processor
 
 
 
 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 1024 x 768 pixel
© 2010 doctor-computer.com.my
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.